Pages

Saturday 22 September 2012

Friday with Physics

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak story pasal kelas fizik semalam (jumaat) :D You'olls nak tahu tak apa yang buat saya nak pecah perut semalam? pecah perut sebab gelakkan PRINCE GUMBALL(Jannah). ok sebenarnya tak boleh berhenti ketawa bila ingatkan pendapat Jannah tentang fizik.

Ok saya dengan Jannah sebenarnya bukannya faham sangat pasal fizik nih. Time fizik kitaorang rasa suara Puan Jas (nama glamour yang diberi oleh syuhada)  macam mendodoi kitaorang. Satu kelas semua sama jer 2X5. Rasa berat je mata ni, telinga ni dengar tak dengar je. Mata pandang cikgu, tapi fikiran dah sampai ke Afrika dah = =' Jadi otak ni susahlah nak cope dengan menatang fizik tu.

Jannah ni pulak buat muka blurr je setiap kali saya tanya soalan fizik. Ingatkan dia dapat solve masalah saya. Tapi last last saya sekali yang blurr tengok muka Jannah yang comel+blurr tu....

Jannah ni gaya macam putus asa je belajar fizik nih padahal dia nak jadi DRIVER. bukan sembarangan driver ye...tapi driver kapal terbang k. Jannah yang dah fed up jawab soalan fizik ni pon boleh keluar ayat tak puas hati dia tu

"Hisyhh tak faham lah kenapa kena belajar fizik ni. Pen jatuh pun nak kira energy,graviti bagai. Kalau pen dah jatuh tu ambik je la. Siapalah yang cipta fizik ni!" dengan muka comel, dia boleh cakap cam tuh.Tak boleh nak tahan gelak.

Sebenarnya saya pun pernah terfikir the same thing. That's why saya gelak. Saya fikir saya seorang je budak yang fikir semua tu. Rupanya ada jugak. You guys yang belajar fizik... pernah tak fikir macam tu?






No comments:

Post a Comment